|
Tapas Ayam Bersama Tomato Kering dan Selasih
Bahan-bahan:
150 gm dada ayam ( di potong dadu)
30 gm tomato kering/sundried tomato (di cincang halus)
20 gm cili benggala/capsicum (di hiris nipis)
5 helai daun basil (selasih)
10 gm bawang putih (di cincang halus)
15 gm bawang merah (di cincang halus)
30 ml minyak zaitun
90 ml stock ayam
garam, gula dan lada hitam secukup rasa
Cara:
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
2) Tumiskan bawang merah & putih sehingga naik bau.
3) Masukkan daging ayam, kacau rata dan masukkan tomato kering.
4) Masukkan pula cili benggala.
5) Kemudian, tambahkan stok ayam, biar seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
6) Tambahkan gula, garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan daun selasih dan
sedia untuk dihidangkan bersama roti pilihan anda.
* Kalau ingin pedas, boleh di tambah cili kering yang di kisar (chilli flakes)
|